Thursday, November 11, 2010

moist chocolate cake

 

I suke sngt moist chocolate cake..slalu sruh kakak ipar i buatkan.xpon i buat sndri la...yum2..i nk kongsi la resipi nih..korang cube la..rmai org da try..sume hasil yg mmuaskan..sume ckp sngt sdap..try la ye..mst anda dsyangi mak mertua..hehehe...   


Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

     

    Cara-cara

  • Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  • Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  • Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  • Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment